Sejarah operasi T-50 Golden Eagle

Sebuah T-50B daripada pasukan aerobatik Black Eagles pada tahun 2012

Republik Korea

Pada tahun 2011, skuadron pertama dengan pesawat TA-50, versi serangan ringan bagi T-50, mula beroperasi dengan Tentera Udara Republik Korea (ROKAF).[14] Pasukan aerobatik Black Eagles pula menggunakan versi T-50B. Pada tahun 2014, FA-50 diaturgerak secara rasminya dengan ROKAF di mana Presiden Park Geun-hye mengetuai satu upacara dengan demonstrasi penerbangan untuk menunjukan keupayaan pesawat ini. 20 buah pesawat FA-50 membentuk sayap udaranya sendiri. 60 buah pesawat FA-50 telah dipesan oleh ROKAF.[15] Pada 9 Oktober 2014, sebuah FA-50 berjaya melakukan ujian tembakan dengan menggunakan sebuah peluru berpandu AGM-65 Maverick ke atas sasaran statik, iaitu sebuah kapal yang tidak digunakan.[16]

Indonesia

Versi T-50I untuk Tentera Udara Indonesia

Indonesia telah menimbang T-50, bersama-sama empat buah pesawat lain untuk mengantikan pesawat latihan BAE Systems Hawk Mk 53 dan pesawat serangan OV-10 Bronco.[17] Pada bulan Ogos 2010, Indonesia mengumumkan bahawa T-50, Yak-130 dan L-159 merupakan calon-calon yang masih bersaing bagi membekalkan 16 buah pesawat latihan lanjutnya.[18] Pada Mei 2011, Indonesia telah menandatangani sebuah kontrak untuk memesan 16 buah pesawat T-50 bernilai AS$400 juta.[19] Pesawat ini akan dilengkapi dengan pilon senjata dan meriam, menjadikan ia sebagai sebuah pesawat dengan keupayaan serangan ringan.[2][20] Golden Eagle akan mengantikan pesawat Hawk Mk 53 dalam perkhidmatan Tentera Udara Indonesia.[21] Versi milik Indonesia akan diberi designasi sebagai T-50i. Penghantaran akan bermula pada bulan September 2013.[22] Pasangan terakhir pesawat T-50i telah diserahkan pada bulan Januari 2014.[23]

Iraq

Iraq berunding untuk membeli pesawat latihan T-50, dengan pertama kalinya dengan rasminya dan terbuka menyatakan minat semasa persidangan Iraq-Korea di Seoul pada 24 Februari 2009.[24] Pada April 2010, Iraq membuka semula persaingan pesawat latihan-pejuang lanjut sebanyak 24 buah pesawat, di mana TA-50 turut bertanding.[25] Pada Disember 2013, Iraq memngumumkan telah menandatangani sebuah kontrak bagi membeli 24 buah pesawat FA-50 dengan designasi T-50IQ, dengan peralatan tambahan dan latihan juruterbang untuk 20 tahun akan datang.[26][27] Penghantaran akan bermula pada bulan April 2016, dengan kesemua pesawat akan dihantar dalam tempoh 12 bulan.[28][29]

Filipina

Versi FA-50PH milik Tentera Udara Filipina

Tentera Udara Filipina telah memilih 12 buah pesawat KAI TA-50 bagi memenuhi keperluannya dalam tugas serangan ringan dan pesawat latihan-pejuang lanjut. Jabatan Pertahanan Kebangsaan (DND) telah mengumumkan pemilihan jenis pesawat pada bulan Ogos 2012.[30] Dana untuk 12 buah pesawat telah diluluskan oleh Kongres pada September 2012,[31] tetapi pada akhir bulan Januari 2013, pihak media negara melaporkan bahawa ianya adalah untuk pesawat FA-50, bukannya pesawat TA-50 yang dilaporkan sebelumnya, telah dipilih untuk dibeli.[32]

Pada Oktober 2013, Presiden Aquino mengatakan bahawa DND telah hampir memuktamadkan perjanjian FA-50,[33] dan pada 19 Oktober 2013, Presiden Aquino dan Presiden Park Geun-hye daripada Korea Selatan telah menandatangani sebuah perjanjian persefahaman (MoU) dengan cadangan untuk perolehan ini.[34] Pada 13 Februari 2014, Presiden Aquino meluluskan skim pembayaran untuk membeli 12 buah pesawat latihan-pejuang lanjut dengan bajet bernilai P18.9 bilion ($415.7 juta).[35] Pada 28 Mac 2014, Jabatan Pertahanan Kebangsaan Filipina telah menandatangani sebuah kontrak untuk membeli 12 buah pesawat serangan ringan, FA-50 bernilai P18.9 bilion (AS$421.12 juta).[36][37]

Penghantaran bermula pada November 2015 dan dijangka akan selesai pada akhir 2017.[38][39] Empat buah pesawat FA-50PH pertama yang diserahkan telah dipamerkan pada 1 Disember 2016.[40]

Rancangan untuk melengkapkan 3-4 buah daripada 12 buah pesawat dengan keupayaan pemintasan jarak melangkaui ufuk (BVR).[41] Pada Mac 2015, Stockholm International Peace Research Institute (SIPRI) melaporkan bahawa Filipina merancang untuk memesan tambahan pesawat FA-50,[42][43] yang mana disokong dengan rancangan penerbangan 2028 oleh Tentera Udara Filipina yang mana menyenaraikan tambahan 12 buah pesawat FA-50 yang dirancang pada masa depan.[44]

Pada 26 Januari 2017, Tentera Udara Filipina telah menggunakan pesawat FA-50PH dalam pertempuran buat pertama kali apabila dua buah pesawat melakukan serangan waktu malam ke atas tempat persembunyian pejuang di wilayah Butig, Lanao del Sur, Mindanao.[45][46]

Thailand

Pada September 2015, kerajaan Thailand telah memilih KAI T-50 untuk pasukan tentera udaranya berbanding pesawat Hongdu L-15 buatan China bagi mengantikan pesawat latihan L-39 Albatros yang telah usang. 4 buah pesawat T-50TH dijangka akan diserahkan pada Mac 2018.[47][48]

Kemungkinan jualan

Tentera Udara Sepanyol berminat dalam satu perjanjian kerjasama dengan Korea Selatan untuk menggunakan pesawat latihan termasuk T-50.[49]

Emiriah Arab Bersatu (UAE) mencari sebanyak 35–40 buah pesawat latihan-pejuang. Pada bulan Februari 2009, UAE telah memilih M-346 berbanding T-50.[50] Pada bulan Januari 2010, UAE telah membuka semula persaingan untuk pesawat latihan.[51] Pada tahun 2011, ia disahkan bahawa pesawat T-50 masih bersaing dalam perolehan di UAE.[52]

Di A.S., T-50 adalah salah satu pesaing bagi Program T-X dalam Tentera Udara Amerika Syarikat dengan peluang untuk menjual antara 300 hingga 1,000 buah pesawat.[53][54]

Azerbaijan menyatakan minat mereka untuk membeli pesawat latihan T-50.[55]

Brunei menunjukan minat untuk membeli FA-50.[56]

Korea Selatan juga merancang untuk menawarkan FA-50 kepada Colombia dan Peru.[57][58]

Tentera Udara Pakistan menimbang untuk membeli pesawat latihan pejuang lanjut KAI T-50 untuk memberi nafas baru kepada program lathan tentera udaranya.[59]

Vietnam menimbang untuk membeli pesawat pejuang ringan FA-50 daripada A.S dan Korea Selatan.[60]

Taiwan menimbang untuk mengantikan armada pesawat latihan AT-3 dan F-5 dengan 66 buah pesawat latihan lanjut, Tentera Udara Taiwan mengeluarkan satu pemohonanan untuk maklumat (RFI) dan dua buah firma telah menjawab termasuk Lockheed Martin untuk T-50 dan Alenia Aermacchi untuk M-346. Pesawat ini dijangka akan dikeluarkan dengan berlesen di Taiwan bersama-sama dengan firma kongsi tempatan. Nilai keseluruhan kontrak dianggarkan Dolar New Taiwan 69 bilion (AS$2.2 bilion).[61] Walaubagaimanapun, Taiwan memutuskan untuk membina 66 buah pesawat latihan supersonik XT-5 Blue Magpie berdasarkan model pesawat pejuang buatan Taiwan bernilai NT$68.6 bilion di sebalik memilih T-50 atau M-346. [62]

Pesawat ini juga ditawarkan kepada Croatia, yang mana memutuskan untuk mengantikan armada pesawat MiG-21BIS usangnya.[63]

Tentera Udara Argentina sedang menilai FA-50 sebagai sebuah platform baru yang berpotensi.[64]

Bidaan yang gagal

Singapura telah melakukan penilaian ke atas T-50, Alenia Aermacchi M-346 buatan Itali dan BAE Systems Hawk untuk program kontrak perolehan pesawat latihan bernilai AS$500 juta bagi sejumlah 12–16 buah pesawat.[65] Akhirnya pada Julai 2010, Kementerian Pertahanan Singapura telah memilih pesawat M-346 berbanding T-50 dan BAE Hawk.[66]

Israel mula menilai T-50 bagi kemungkinan mengantikan pesawat latihan Douglas TA-4H Skyhawk sejak tahun 2003.[67] Pada 16 Februari 2012, Israel mengumumkan keputusannya untuk membeli 30 buah pesawat M-346.[68][69]

Pada Oktober 2015, A.S. menolak penjualan kepada Uzbekistan sebanyak 12 buah pesawat KAI T-50 berdasarkan enjin dan beberapa sistem avionik buatan A.S.[70][71]

Rujukan

WikiPedia: T-50 Golden Eagle http://www.aviaciontotal.cl/2011/03/interes-de-esp... http://www.abs-cbnnews.com/nation/01/30/13/ph-buy-... http://www.airforce-technology.com/projects/t-50/ http://www.airrecognition.com/index.php/archive-wo... http://www.antaranews.com/berita/253476/t-50-perku... http://www.armyrecognition.com/august_2013_defense... http://www.aseanmildef.com/2015/09/korea-to-sell-f... http://www.aviationweek.com/Article.aspx?id=/artic... http://www.businessinsider.com/r-exclusive-vietnam... http://english.chosun.com/site/data/html_dir/2014/...